Seperti beberapa hari-hari sebelum ini. Aku menghadap laptopku untuk menyiapkan Bab 3 atau bab methodologi untuk thesisku. Baru tadi habis ku telaah journal tentang profile HMM … hmm memang pening nak faham bahasa matematik ni. Memangmenjadi alergik pelajar aliran biologi dengan sebarang perkara tentang matematik. “Mungkin aku je kot macam tu…” Tempelak diriku sendiri sambil tersengih sumbing.
Sedang merangka-rangka ayat dalam benakku tiba-tiba telefon bimbitku yang sedang dicharge menjerit-jerit. Sempat ku kerling skrin telefon sebelum ku jawab. “Eh nombor Pejabat JIM lah, ni mesti Kak Misah takpun Akhi Wan Am.” Mindaku berkira-kira. “Assalamualaikum Rose. Apa khabar?” Terdengar suara lunak yang sangat ceria dihujung talian. Suara yang sentiasa menggembirakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. “Chik Ros. Alhamdulillah baik.” Jawabku hampir terlompat keceriaan. “Ni Chik Ros ada tawaran baik untuk Rose. Nak dengar tak?” Pancing Chik Ros. “Mestilah Chik Ros. Mesti ada berita baik… berita menarik.” Luah aku tak sabar-sabar dengan ayat-ayat seterusnya dari Chik Ros.
Serasanya aku boleh mengagak apakah berita yang bakal disampaikan oleh Chik Ros. Namun ku tunggu dengan sabar, biar Chik Ros sahaja yang menjelaskannya. “Tahniah Rose kami board Malam Amal Raudhatussakinah (MARS) 2010 telah memilih Rose untuk mengetuai Jawatan Kuasa Persembahan untuk malam tu.” Jantungku seperti terhenti kerana agak terkejut dengan tawaran itu. Senyuman mula menguntum mekar dibibirku tapi segera kumatikan. “Chik Ros, Rose berbesar hati sangat untuk menerima tawaran tu. Tapi besar tanggung jawab tu Chik Ros.” “Hmm memang besar, tapi kami yakin dengan kemampuan yang Rose dah buktikan dengan penglibatan Rose dalam MARS 2007. Jangan risau Chik Ros dah dapatkan persetujuan dengan 3 group yang akan buat persembahan pada malam tu salah satunya Algebra.” Terang Chik Ros panjang lebar. “Wow, Algebra Rose suka group tu. Lagu-lagu dia memang best.” Aku terlompat kali kedua.
Tiba-tiba perasaan risau bertandang. “Macamanalah nak cater mereka tu nanti. Tak ada pengalaman rasanya bekerja dengan artis-artis ni.” Detak hatiku. “Hmm takpe nanti kita bincangkan lagi dalam meeting ye. Ni tengah cari tarikh yang sesuai. Nanti Chik Ros inform.” Chik Ros seperti dapat membaca kegalauan hatiku. Senyuman dibibirku melebar kembali. Petang itu langkah ku ke rumah Kak Nora untuk berusrah diiringi dengan lagu-lagu Algebra. Terima kasih, syukur ya Allah Engkau masih memilih hambaMu yang serba kekurangan ini untuk menggalas kembali amanah yang cukup besar untuk agamaMU. Bibirku terus mengalunkan irama tahmid padaNya…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oh MARS kehadiranmu memang ku nantikan. Pengalaman berharga menjadi salah seorang Jawatan kuasa persembahan dahulu masih segar diingatan masih terlalu manis untuk dilupakan. Masih terkenang bagaimana kelam-kabutnya diri ini menguruskan 16 orang model muslimah fashion show mengatur jadual utuk latihan dan raptai sepanjang 2 bulan sebelum program. Betapa diri ini terpaksa diberanikan meng’approach’ butik-butik sebagai sponsor baju untuk diperagakan oleh 16 orang model itu nanti. Betapa berdebarnya diri ini melihat anak didikku di atas pentas memperagakan pelbagai fashion muslimah yang sejati. Mujurlah mak cik dan kakak-kakak seangkatan JK MARS sanggup menghulurkan tangan membantu melengkapkan itu dan ini. Akhirnya persembahan fashion show mendapat tepukan yang gemuruh daripada tetamu yang hadir pada malam itu. Manisnya saat itu…
Dari saat itulah terbentuknya satu usrah akhawat yang akhirnya dikenali sebagai usrah model kerana terdiri daripada model-model MARS 2007 dan diri inilah naqibahnya. Jazakillah hu khairan jazaa kepada Azuwa kerana Berjaya menarik rakan-rakan sekuliahnya menyertai MARS yang akhirnya membuka ruang untuk mereka diserapkan ke dalam usrah. Mudah-mudahan sejarah yang indah ini akan berulang kembali. Malahan kuharapkan turut akan mencipta satu lagi lembaran kenangan yang cukup indah kerana ia adalah Nukilan Perancangan dari Ilahi, dan aku adalah salah seorang pelakonnya…. Terima kasih ya Allah…. Terima kasih Chik Ros kerana masih percaya pada Rose
JK Persembahan
Malam Amal Raudhatussakinah (MARS) 2010
Rose
Kenanangan MARS 2007 : http://mars.jim.org.my/07/gallery.php
No comments:
Post a Comment