Ke... kenapa gelap ni.... gelapnya.... sempitnyaaaaa....takut... Mak.... ayah... abang takutttttt... jangan tinggalkan abang kat sini... bawa abang balik... mak.... ayah..... tolongggggggggg.....
MA ROBBOKAAA???? SIAPA TUHAN KAMUUUU???????? …… Aku…aku.. aku tak tahu…... DAMMMMMM... DAMMMM... DAMMMM.... Aduh sakit.....sakittttttttt....aduhhh...
Terdengar bunyi pukulan yang cukup kasar, yang menggentarkan hati sesiapa sahaja yang mendengarinya diselangi pula dengan rintihan yang begitu menyanyat hati.. yang begitu sayu akibat kerana tidak tertahan sakitnya pukulan yang tiada belas kasihan tersebut. Keadaan ini berulang lagi pada setiap soalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar... MA NABIYYUKAAAA?????? SIAPA NABI KAMUUUUUU??????...... MA IMAMMUKAAAA?????? SIAPA IMAM KAMUUUU??? Suara rintihan itu semakin sayu dan memanjang. Menggambarkan kesengsaraan yang berpanjangan yang tiada penghujungnya.... Gambaran awal kesengsaran dan kehinaan yang lebih dasyat di Padang Mahsyar dan Akhirat nanti.
Seram sejuk tanganku, menggigil sekujur tubuhku... hampir pecah empangan air mataku. Namun cuba juga ku tahan sedaya-upayaku. Ingin kutekupi telingaku dengan kedua belah tanganku serapat-rapatnya agar tidak lagi kudengari sebarang bunyi pukulan yang amat dasyat dan rintihan yang begitu ngeri gambaran kesakitan akibat kulit yang tersayat dan tulang-temulang yang remuk-redam. Ya Allah dasyatnya ya Allah.....
Lah salah skrip lagi tu... keh...keh..keh. Akhirnya ku angkat juga kepalaku yang tertunduk sejak tadi. Fuh.. leganya mendengar gelak ketawa peserta Training for Trainers (TOT) Keindahan BersamaMu yang hampir 30 orang jumlahnya. Jantungku yang menendag-nendang seperti mahu terkeluar tadi beransur-ansur kembali tenang. Senyuman mula terukir dibibirku...
“Hah, oklah tu. Bagus... bagus...” Ucap Pak Long sambil menunjuk tanda bagus pada ikhwah yang membacakan skrip tadi. “Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting untuk bangkitkan kesedaran peserta tentang betapa berharganya nikmat kehidupan dan umur yang Allah berikan. Nanti boleh akhiri dengan tazkirah tentang kematian” Sambung Pak Long lagi. “Ok, lepas ni dah boleh mula buat program dah ni...” Senyum Pak Long sambil melihat seorang demi seorang anak didik dihadapannya. Kami agak tepempan dengan saranan tersebut. Namun segera kami angguk sambil tersenyum sumbing antara yakin atau tidak. KBM pengembaraan yang begitu menarik untuk dilayari namun terbentang dengan pelbagai cabaran. Itulah kesimpulan yang terlakar dibenakku, sesuatu yang bakal kami sebagai team KBM Selangor tempuhi, mengendalikan sepenuhnya Program KBM bila kami sudah ‘merdeka’ nanti. “Bantulah kami ya Allah...” Dalam diam hatiku berdoa. “Bantulah hamba-hambaMu ini ya Allah.”
Pak Long
Ini adalah salah satu slot praktikal yang begitu terkesan dihati sepanjang menjalani TOT KBM. Program yang bermula seawal 9 pagi sehingga 5.30 ptg begitu menarik dan dipenuhi dengan pelbagai slot dan tips-tips berharga, sehingga tak sedar masa yang berlalu. Di tambah lagi dengan gelagat peserta yang tak kering gusi dibuatnya. TOT KBM ini adalah medan latihan untuk team yang akan mengendalikan program Keindahan BersamaMu (KBM) di peringkat Selangor. Team pakar KBM yang dijemput khas dari Johor bertungkus-lumus untuk menurunkan segala ilmu dan pengalaman mereka selama 13 tahun kepada kami. Mereka amat mahu meninggalkan kami dengan pelbagai pengalaman yang akan menjadi bekalan kami nanti sebagai pengendali KBM Belia di Selangor.
Monolog diri....
Ya Allah betapa Engkau masih mengasihi hambaMu ini. Meskipun berkali-kali aku melakukan dosa dan maksiat, namun masih Kau panjangkan umurku untuk ku bertaubat padaMu. Moga KBM ini menjadi medan untuk ku berbakti buat agamaMu. Ingin ku ikuti jejak KekasihMu... Menjadi rahmatan lilalamin.. Rahmat ke seluruh alam.. bukan kerana hebat atau mulianya diri ini... Tetapi kerana indahnya dan mulianya AgamaMu ini.... Ya Allah panjangkanlah umurku ini untuk mentaati Mu, Allah dan RasulMu. Sesungguhnya mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah....
Redhakan Ya Allah....
Rose
TOT KBM BELIA
13 March 2010
Sekolah Sri Al-Amin Bangi
No comments:
Post a Comment