Barisan anak saudara Ila yang amat menghiburkan... (Di atas pangku Liza Pijah, Kimi, Adam dan Kemal)... ^_^
“Hadoi ponek botul, sengal-sengal bahu dibuatnya.” Mulutku mengomel. “Tu lah kak Rose, kita pulak yang terlebih excitednye dari adik-adik time berkayak tadi hu hu…” Akui Liza. “Macam mana kak, jadikan petang ni nak gi Perak.” Soal Yanti pula yang turut bersandar melepaskan lelah. “Haa, insyaAllah jadi….” Jawabku sambil berbaring. “Lho koknya baring…” Aku hanya tersengih dengan mata yang semakin kuyu. Suara Liza, Yanti dan hajar semakin perlahan dan akhirnya hilang. Aku tertidur rupanya… “Kak Rose ni nak pergi tak?” Kedengaran suara Yanti sayup-sayup. Aku tersentak lalu terus duduk. Rupanya hampir setengah jam aku tertidur. Ku gapai tuala lalu mengatur langkah ke bilik air. Ku lihat adik-adikku telahpun bersiap-siap, tergopoh-gapah juga aku bersiap. Tepat pukul 4 petang akhirnya kami bertolak dengan bacaan doa naik kenderaan dan pohonan semoga selamat dan mendapat redhaNya sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi ziarah yang dirancang sejak beberapa hari yang lepas akhirnya terlaksana juga. Setelah bertungkus-lumus mencari masa yang lapang dan sesuai akhirnya petang itu kami bertolak ke Perak. Perjalanan begitu lancar walaupun jalan yang kami lalui agak banyak kenderaan. Cuma kadang-kala pemanduan kami tergangu dengan sikap pemandu yang suka mengekori dekat dari belakang walaupun kami memandu di lorong tengah. Mungkin ada hal penting kot pujuk hatiku yang agak panas dengan sikap mereka.
“Alhamdulillah tak jem kan kak?” Aku mengangguk mengiakan kata Liza yang menjadi driver kedua setelah aku memandu hingga ke Rawang tadi. Sepanjang highway ada kawasan yang kami lalui sedang hujan lebat selang beberapa kilometer pula tiada setitis hujanpun yang turun. “Subhanallah besar sungguh kuasa Allah.. Bila sudah ditetapkan rezeki kepada sebahagian makhluknya tiada siapa yang dapat menghalangnya.” Mungkin inilah gambaran Allah tentang penetapan rezekiNya, iaitu “Dan tidakah mereka memerhatikan bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang dikehendaki). Sesungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang beriman.” (Ar-Rum: 37). Aku bermonolog sendiri.
“Kak Rose, keluar exit Behrang kan?” Liza kesekian kalinya bertanya sejak tadi. “Iye sayang. Yanti, dapatkan direction yang Kak Ila bagi tadi.” Kerlingku ke cermin pandang belakang. Yanti kelihatan terpisat-pisat terkejut dari tidurnya. “Asif dik.” Rasa bersalah menjalar dalam hati membangunkan Yanti yang mungkin baru sahaja tertidur. “Ni ada kak. Takpe Yanti bacakan.” Yanti kelihatan sudah segar kembali. Kami meneliti satu persatu petunjuk yang Ila berikan.
“Mana ni Kak Rose tak nampak pun balai polis..” Omel liza. “Ye tak ye. Takpe kita stop dulu kat perhentian Slim River tu.” Cadangku lalu mendail nombor Ila. Terdengar suara Ila memberi salam setelah beberapa kali talian berdengung. “Lah dah jauh tu kak. Akak kena ambil simpang betul-betul dekat dengan balai polis. Pusing balik kak. Takpe nanti Ila minta Fadhil adik Ila tunggu kat simpang. Simpang tu memang tersorok sikit.” Terang Ila panjang lebar sambil tergelak-gelak. “Ok kami pusing balik ye.” Hatiku berbunga bila mendengar ketawa manis Ila. Terbayang wajahnya yang ceria kembali setelah melalui saat getir kehilangan insan yang di sayangi 3 hari lalu.
Akhir selamat juga kami sampai ke rumah Ila. Kedatangan kami disambut mesra oleh keluarganya dan barisan anak saudaranya yang peramah dan comel-comel. “Susah ke nak cari rumah ni?” Tanya Pak cik Mat Nor, ayah kepada Ila. Kami tersengih-sengih. “Terlajak sikit je pak cik.” Liza menjadi juru bicara kami. Kami terus dijamu dengan nasi dan lauk yang sedap-sedap. Makan malam bertambah meriah dengan ditemani oleh barisan anak saudara Ila. Macam-macam keletahnya hingga tak menang tangan Ila melayan mereka. Terhibur juga kami.
“Kak Rose, rupa allahyarham adik Ila tu ada iras-iras macam Adam.” Ila menunding jari menunjuk salah seorang anak saudara yang bertepek disebelahnya. Aku membalasnya dengan senyuman dan anggukkan. Doa dalam hatiku moga Adam ini akan menjadi seperti allahyarham malahan lebih baik lagi. Sebelum pulang kami bersalaman dengan ahli keluarga Ila dan semua anak saudaranya. Sempat juga kubisikkan ke telinga Adam. “Adam nanti belajar rajin-rajin ye. Selalu dengar cakap ateh (Ila). Jadi orang yang baik ye sayang. ” Ku lihat Adam tersenyum dan mengangguk. Senyuman yang penuh keikhlasan dan memberikan ketenangan sesiapa sahaja yang melihatnya....
Mudah-mudahan yang patah tumbuh kembali meskipun yang hilang tak mungkin berganti... Al-Fatihah buat Muhammad Suffi Mat Nor....
Sesunggunya mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah.....

No comments:
Post a Comment