Thursday, January 20, 2011

Yang terindah.......





Telefon yang tergelatak di sebelahku menjerit-jerit minta diangkat. Apabila ku kerling nombor yang tertera di skrin diriku sedikit kaget kerana hanya 4 nombor sahaja yang tertera si skrin.

“Nombor siapa pula ni?”

“Assalamualaikum….” Terdengarlah suara ceria dihujung talian. Suara yang cukup ku kenali. Seperti tidak percaya, kuamati berkali-kali. Akhirnya diriku terjerit keriangan.

“Akak... biar betul tak percaya…Akak Joy ni?” Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku melompat-lompat macam kanak-kanak disua gula-gula.

“Akak tak mahal ke call dari Melbourne?”

“Alah tak pe sekali sekala nak berborak dengan adik yang akak sayang ni….”

Baru sebentar tadi kami berchatting di facebook. Kak Joy memintaku untuk ber ‘skype’ pula dengannya. Sayang laptopku baru diformat. Menyesal pula tak download semula awal-awal.

Tak puas harti rupanya kakakku ini kalau tak mendengar suaraku. Senyumku meleret sampai ke telinga. Tidak surut meskipun kami berbicara sehingga hampir setengah jam. Bicaranya atas dasar nasihat atas dasar berpesan-pesan kerana kebaikan dan kesabaran......

~~~~~~~*******~~~~~~~

Syukur ya Allah rupanya ramai yang sayang pada diriku ini. Mereka tidak jemu memberikan perhatian apabila aku dipersimpangan nan payah. Dan ku amat yakin apabila diriku dalam kegembiraan dan kesenangan mereka tegar berdoa agar Allah akan sentiasa melanjutkan kegembiraanku. Berdoa agar meransang hatiku agar terus menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa melakukan kebaikan.

Mungkin inilah yang telah Engkau telah maknai setiap butir yang dibaca dalam doa rabitah selama ini. Ya Allah alangkah indahnya... Alangkah kurangnya hambaMu bersyukur.

Memang aku tidak akan pernah cukup bersyukur dengan nikmat jamaah ini ya Allah. Yang dengannya Engkau pertemukan kami, Engkau perkukuhkan ukhuwwah kami. Tidak mungkin dapat ku bayangkan meninggalkan jamaah ini yang merupakan jasad dan jiwaku. Manakala darah yang mengalir dalam diriku adalah berohkan dakwah yang telah dipatrikan janjinya untuk mendaulatkan syariatMu.


Ya Allah aku ingin bersama dakwah dan jamaah ini
Sehinga akhir hayatku
Selagi syariatMu di jujung di batu jemala jemaah ini
Biarlah aku di sini
Mengutip pahala dan kebajikan
Buat merayu redhaMu
Kerana impianku adalah bertemu denganMu
Kerana Engkau kekasihku
Kerana Engkau sebaik-baik tempat kembali....


Yang merasai hikmah doa rabitah

Rose
21 Januari 2011-01-21 / 12.06 pm

No comments: