Saturday, July 24, 2010

You Got What You Give...



“ Ya Allah dah pagi rupanya… tapi mengantuk dan penat lagi ni.” Omelku sendiri. Hari ini adalah hari Sabtu yang sepatutnya hari yang sinonim dengan berehat-berehat namun aku terpaksa bangun kerana perlu menghadiri program Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas 2010. Ku gagahkan juga kaki menggapai tuala dan terus ke bilik air. “Hmm.... ada lebih kurang ½ jam lebih kurang Salwa akan datang menjemputku dan Ila... kena express ni.” Congakku di dalam kepala setelah melihat jam di telefon bimbitku sambil mengosk-gosok mata membetulkan penglihatan yang berpinar-pinar. Kak Rose dah siap.. Salwa kata sekejap lagi dia sampai. “Ok.” Jawab ku pendek sambil membelek-belek novel yang belum ku khatamkan lagi sejak sebulan lalu.

Alhamdulillah kami sampai di Gombak untuk PPN (Khas) 2010 dengan selamat. Di hatiku sentiasa berdoa agar aku dapat mengambil sesuatu yang cukup bermakna pada hari ini. Ternyata doa itu Allah makbulkan kerana di sinilah aku mendapat berita tentang salah seorang rakanku di rumah. Namun ia tidak begitu menggembirakan malah setitis dua airmataku jatuh ketika menyanyikan lagu JIM yang sepatutnya dengan penuh semangat, apabila mengenangkan berita yang disampaikan.


~~~~ *** ~~~


Mungkin diriku banyak berselindung dalam cerita di atas kerana aku tidak mampu untuk menceritakan sepenuhnya apa yang terjadi. Namun ia ternyata membuatkan hariku yang cerah pada awalnya menjadi kelam dan suram. Walaupun ada tiupan semangat yang menghangatkan daripada program yang ku hadiri pada hari ini namun, ianya ibarat hilang di bawa angin lalu, apabila teringat dengan berita yang di sampaikan. Biarlah diri ini yang menyimpan segalanya. Namun pengajaran yang cukup bermakna buat diriku ia jangan sesekali kita mempunyai sikap “assume”/agak-agak/mungkin terhadap sesuatu perkara. Terutamanya dalam kita mengenali seseorang. Berilah peluang dan ruang untuk dia benar-benar menunjukkan siapa dan apa yang dirasakan dan difikirkan. Bukalah hati dan jadilah pendengar yang setia dan sensitiflah kepada keadaan sekeliling. Adakah rakan kita itu dalam kesusahan, keperitan, ketidakupayaan dan sebagainya.

Dan kepada pihak yang ingin difahami janganlah anda “assume” semua orang akan memahami anda sebagaimana ibu dan bapa anda memahami anda. Berilah rakan-rakan anda masa dan cara untuk memahami serta rajin-rajinlah bercerita atau meluahkan perasaan kepada yang sepatutnya.

Wahai adik-adik yang kusayangi,

Meskipun tanggung jawab yang di letakkan atas bahumu telah disyurakan,

Namun keperluan dan hak diri juga tidak boleh dipertikaikan,

Sesungguhnya hanya dirimu yang paling memahami “ukuran baju di badan”

Bantulah dirimu untuk difahami dengan memahami

Kerana you got what you give

Kakak yang bersedih

Kak Rose

24 Julai 2010 (10.44 pm)

Friday, June 11, 2010

Kampungku.... KEHIDUPANKU




Seingatku pokok kelapa ini hampir seusia denganku...


Ayah tersayang bersama cucu-cucu arnabnya


Girl ...arnab eh kucing ... cucu kesayangan ayah selain Gudhik

Ibu melihat mangga apple berbuah sulung

Pokok betik yang tumbuh sendiri... rajin berbuah

Jambu air

Ciku

Nenas madu yang buahnya mencapai 4 kilo

Pokok pisang hobbit (letak nama sendiri sebab rendah sangat)


Orkid kesayangan ibu



Koleksi pokok bunga dari pelbagai negeri (rumah saudara he he)


~~~~*~~~~


“Ibu…. Tolonggggggg…..” Aku memekik sekuat hati sambil melihat makhluk hitam yang melekat di celah antara ibu jari dan jari hantu kakiku. Lututku longlai kerana menahan geli-geleman melihat makhluk hitam itu. Kegembiraanku sebentar tadi kerana joran yang kubuat sendiri hampir menaikkan seekor ikan sepat hilang serta-merta. Batang pancingku telah kucampakkan entah ke mana hilang bersama kelibat rakan-rakanku yang juga takut akan makhluk hitam itu. Hati aku menyumpah-nyumpah mereka kerana meninggalkan aku sendiri berhadapan dengan makhluk yang amat menggelikan itu. Ada juga kucuba menguis-nguis dengan sebatang ranting. Namun semakin ku kuis semakin kejap pula ia melekat. “Ibu.........” Jeritanku makin nyaring dan panjang. “Kenapa... kenapa ni” Terlihat ibu berlari-lari anak mendekatiku tergopoh-gapah. “MasyaAllah.... Kan ibu dah pesan jangan main kat sini. Tu lah degil lagi kan dah kena gigit lintah. Dah jom pergi letak garam.” Ibu memandang mukaku yang hampir menangis. Petang itu aku masak mendengar bebelan ibu kerana kedegilanku. Mujur ada ayah yang menjadi peguam belaku. Namun pengalaman itu tidak pernah menjadikan aku jeran (takut) untuk memancing lagi di sungai di belakang rumahku......

Itu adalah salah satu daripada seribu kenanganku ketika membesar di kampung. Setiap kenangan teramat indah sehingga menyebabkanku tersengih-sengih sendirian bila teringat semula kenakalan dan kedegilanku yang selalunya membawa padah pada diriku sendiri. Namun tiada erti jeran dalam kamus hidupku. Yang kutahu hanyalah keseronokkan mencuba sesuatu yang baru dan bersekongkol dengan rakan-rakanku. Kehidupan yang indah itu pudar perlahan-lahan apabila aku menginjak usia 16 tahun di mana aku berjaya masuk ke MRSM. Kesibukkanku mengejar kecemelangan dalam pelajaran membuatkanku melupakan aktiviti-aktiviti kampungku.

Begitu pantas masa berlalu kini aku melangkah ke alam dewasa. Segalanya kutentukan sendiri untuk diriku. Barulah ku sedar menentukan jalan kehidupan bukanlah semudah yang disangkakan. Bila kuselongkar dalam diriku di dasar yang paling dalam. Aku amat merindui suasana kampung di mana aku dilahirkan, dibesarkan dan mula mengenali erti susah-payah kehidupan. Aku amat teringin untuk kembali ke kampung bekerja dan hidup di situ. Impianku adalah untuk mengusahakan ladang sendiri mungkin beternak atau bercucuk tanam. Impian itu telah direalisasikan separuh apabila ayah memindahkan hak milik tanah dikampung itu atas namaku. Mungkin aku gembira namun apabila memikrkan amanah dan tanggungjawab ke atas tanah tersebut menjadikan aku tertanya-tanya adakah aku mampu untuk semua itu. Aku yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, oleh itu aku perlu sedar yang Allah memberikan amanah sekeping tanah ini padaku juga bukan untuk sia-sia. Iaitu ditumbuhi dan dihuni oleh makhluk tidak bertuan. Mungkin ini adalah peluang yang cukup besar untukku merialisasikan cita-cita ku sebagai peladang yang berjaya. Semangatku tambah terbakar apabila membaca Dr. Yusuf Al-Qardawi menulis di dalam bukunya Halal dan Haram dalam Islam:



4.2.16 Memanfaatkan Tanah Pertanian

Apabila seorang muslim memiliki tanah pertanian, maka dia harus memanfaatkan tanah tersebut dengan bercocoktanam. Islam samasekali tidak menyukai dikosongkannya tanah pertanian itu, sebab hal tersebut berarti menghilangkan nikmat dan membuang-buang harta, sedang Rasulullah s.a.w. melarang keras disia-siakannya harta. "Rasulullah s.a.w. melarang membuang-buang harta."

Bukankah Rasul yang mulia juga seorang petani
Belajar mengenali Allah melalui alam

Menyucikan cinta kepada Allah melalui alam

Bukankan ibu dan ayah telah membuktikan selama ini

Berbakti kepada tanah tiada pernah ruginya

Berbakti kepada tanah akan memperolehi kedamaian
Kerana betapa kita dikelilingi dengan makhluk yang begitu taat kepada penciptanya Tumbuhan dan haiwan yang sentiasa berzikir
Dikampungku ini
......


Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaanku ketika ini iaitu RINDU.....


Anak kampung yang kerinduan
12 Jun 2010 (2.13 pm)

-Iringan lagu kedamaian: Siti Nurhaliza-

Thursday, April 8, 2010

Yang ke-12


Baby bersama Mak Cik Hajar



Ahmad Harith Daniel tengah demam




Ahmad Harith Iskandar yang comel, jeles dengan baby


Baby bersama kakaknya Nurin Ainul Natasya dan induk


Ahmad Harith Zulkarnain welcome to our family my love


“Alhamdulillah Kak Chik dapat baby boy, 3.5 kg. Comel sangat.” Sudah hampir sepuluh kali aku membaca mesej daripada abang iparku. Kalau bukan kerana sedang membantu majlis walimah sepupuku dah lamaku ku angkat kaki. Tak sabar rasanya untuk mencium dan mengkendong anak saudaraku yang ke-12 itu. Sudah hampir 3 tahun keluargaku tidak menerima kedatangan orang baru menyebabkan kami cukup rindu dengan suara tangisan seorang bayi.

“Ibu nak tunggu lama lagi ke.” Aku merengek kepada ibuku, kesabaranku makin luruh. “Sekejap lagi kita pergilah.” Ibuku seperti berbisik kepadaku. Mungkin dia tidak mahu ada saudara lain yang mendengar perancangan kami. Aku mengenyitkan mata dan membuat tanda bagus kepada ibuku berpuas hati dengan jawapannya. “Ibu agak-agak baby ambil rupa siapa ye? Mesti ada rupa wan dan atuk skit. Pastu ambil banyak rupa induk die yang comel nih.” Ibu aku memandang aku tersengih. “Iye lah tu.” “Eh, anak ibu ni comel ape?”. “Ha tu telefon bunyi tu. Angah agaknya.” Alah potong stim lah angah nih. Orang tengah bermanja-manja dengan ibu. “Ibu, Azhad kata diorang dah sampai KL.” “Amboi lajunya Angah bawa kereta.” “Alah tu tak sabar nak tengok baby lah tuh. Lagipun Toyota Camry bu... bawak 140 km/h pun tak rasa apa.”

Akhirnya angah sampai bersama anaknya ke kenduri sepupuku. Setelah menyelesaikan itu dah ini akhirnya kami sampai juga ke rumah Kak Chik di KL melihat baby. Memang comel Subhanallah. See for yourself. ^_^


Thank you Allah we really appreciated that valuable gift....



Wednesday, March 17, 2010

Belated ziarah......


Anak usrahku yang menjadi second driver..



Hajar dan Yanti yang setia menemani


Barisan anak saudara Ila yang amat menghiburkan... (Di atas pangku Liza Pijah, Kimi, Adam dan Kemal)... ^_^


“Hadoi ponek botul, sengal-sengal bahu dibuatnya.” Mulutku mengomel. “Tu lah kak Rose, kita pulak yang terlebih excitednye dari adik-adik time berkayak tadi hu hu…” Akui Liza. “Macam mana kak, jadikan petang ni nak gi Perak.” Soal Yanti pula yang turut bersandar melepaskan lelah. “Haa, insyaAllah jadi….” Jawabku sambil berbaring. “Lho koknya baring…” Aku hanya tersengih dengan mata yang semakin kuyu. Suara Liza, Yanti dan hajar semakin perlahan dan akhirnya hilang. Aku tertidur rupanya…

“Kak Rose ni nak pergi tak?” Kedengaran suara Yanti sayup-sayup. Aku tersentak lalu terus duduk. Rupanya hampir setengah jam aku tertidur. Ku gapai tuala lalu mengatur langkah ke bilik air. Ku lihat adik-adikku telahpun bersiap-siap, tergopoh-gapah juga aku bersiap. Tepat pukul 4 petang akhirnya kami bertolak dengan bacaan doa naik kenderaan dan pohonan semoga selamat dan mendapat redhaNya sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi ziarah yang dirancang sejak beberapa hari yang lepas akhirnya terlaksana juga. Setelah bertungkus-lumus mencari masa yang lapang dan sesuai akhirnya petang itu kami bertolak ke Perak. Perjalanan begitu lancar walaupun jalan yang kami lalui agak banyak kenderaan. Cuma kadang-kala pemanduan kami tergangu dengan sikap pemandu yang suka mengekori dekat dari belakang walaupun kami memandu di lorong tengah. Mungkin ada hal penting kot pujuk hatiku yang agak panas dengan sikap mereka.

“Alhamdulillah tak jem kan kak?” Aku mengangguk mengiakan kata Liza yang menjadi driver kedua setelah aku memandu hingga ke Rawang tadi. Sepanjang highway ada kawasan yang kami lalui sedang hujan lebat selang beberapa kilometer pula tiada setitis hujanpun yang turun. “Subhanallah besar sungguh kuasa Allah.. Bila sudah ditetapkan rezeki kepada sebahagian makhluknya tiada siapa yang dapat menghalangnya.” Mungkin inilah gambaran Allah tentang penetapan rezekiNya, iaitu “Dan tidakah mereka memerhatikan bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang dikehendaki). Sesungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang beriman.” (Ar-Rum: 37). Aku bermonolog sendiri.

“Kak Rose, keluar exit Behrang kan?” Liza kesekian kalinya bertanya sejak tadi. “Iye sayang. Yanti, dapatkan direction yang Kak Ila bagi tadi.” Kerlingku ke cermin pandang belakang. Yanti kelihatan terpisat-pisat terkejut dari tidurnya. “Asif dik.” Rasa bersalah menjalar dalam hati membangunkan Yanti yang mungkin baru sahaja tertidur. “Ni ada kak. Takpe Yanti bacakan.” Yanti kelihatan sudah segar kembali. Kami meneliti satu persatu petunjuk yang Ila berikan.

“Mana ni Kak Rose tak nampak pun balai polis..” Omel liza. “Ye tak ye. Takpe kita stop dulu kat perhentian Slim River tu.” Cadangku lalu mendail nombor Ila. Terdengar suara Ila memberi salam setelah beberapa kali talian berdengung. “Lah dah jauh tu kak. Akak kena ambil simpang betul-betul dekat dengan balai polis. Pusing balik kak. Takpe nanti Ila minta Fadhil adik Ila tunggu kat simpang. Simpang tu memang tersorok sikit.” Terang Ila panjang lebar sambil tergelak-gelak. “Ok kami pusing balik ye.” Hatiku berbunga bila mendengar ketawa manis Ila. Terbayang wajahnya yang ceria kembali setelah melalui saat getir kehilangan insan yang di sayangi 3 hari lalu.

Akhir selamat juga kami sampai ke rumah Ila. Kedatangan kami disambut mesra oleh keluarganya dan barisan anak saudaranya yang peramah dan comel-comel. “Susah ke nak cari rumah ni?” Tanya Pak cik Mat Nor, ayah kepada Ila. Kami tersengih-sengih. “Terlajak sikit je pak cik.” Liza menjadi juru bicara kami. Kami terus dijamu dengan nasi dan lauk yang sedap-sedap. Makan malam bertambah meriah dengan ditemani oleh barisan anak saudara Ila. Macam-macam keletahnya hingga tak menang tangan Ila melayan mereka. Terhibur juga kami.

“Kak Rose, rupa allahyarham adik Ila tu ada iras-iras macam Adam.” Ila menunding jari menunjuk salah seorang anak saudara yang bertepek disebelahnya. Aku membalasnya dengan senyuman dan anggukkan. Doa dalam hatiku moga Adam ini akan menjadi seperti allahyarham malahan lebih baik lagi. Sebelum pulang kami bersalaman dengan ahli keluarga Ila dan semua anak saudaranya. Sempat juga kubisikkan ke telinga Adam. “Adam nanti belajar rajin-rajin ye. Selalu dengar cakap ateh (Ila). Jadi orang yang baik ye sayang. ” Ku lihat Adam tersenyum dan mengangguk. Senyuman yang penuh keikhlasan dan memberikan ketenangan sesiapa sahaja yang melihatnya....

Mudah-mudahan yang patah tumbuh kembali meskipun yang hilang tak mungkin berganti... Al-Fatihah buat Muhammad Suffi Mat Nor....

Sesunggunya mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah.....

Monday, March 15, 2010

KEPASTIAN..........




Di kala kita tidak mampu lagi sembahyang......




Di kala kita hanya mampu mendengar peringatan........





Ke... kenapa gelap ni.... gelapnya.... sempitnyaaaaa....takut... Mak.... ayah... abang takutttttt... jangan tinggalkan abang kat sini... bawa abang balik... mak.... ayah..... tolongggggggggg.....

MA ROBBOKAAA???? SIAPA TUHAN KAMUUUU???????? …… Aku…aku.. aku tak tahu…... DAMMMMMM... DAMMMM... DAMMMM.... Aduh sakit.....sakittttttttt....aduhhh...

Terdengar bunyi pukulan yang cukup kasar, yang menggentarkan hati sesiapa sahaja yang mendengarinya diselangi pula dengan rintihan yang begitu menyanyat hati.. yang begitu sayu akibat kerana tidak tertahan sakitnya pukulan yang tiada belas kasihan tersebut. Keadaan ini berulang lagi pada setiap soalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar... MA NABIYYUKAAAA?????? SIAPA NABI KAMUUUUUU??????...... MA IMAMMUKAAAA?????? SIAPA IMAM KAMUUUU??? Suara rintihan itu semakin sayu dan memanjang. Menggambarkan kesengsaraan yang berpanjangan yang tiada penghujungnya.... Gambaran awal kesengsaran dan kehinaan yang lebih dasyat di Padang Mahsyar dan Akhirat nanti.

Seram sejuk tanganku, menggigil sekujur tubuhku... hampir pecah empangan air mataku. Namun cuba juga ku tahan sedaya-upayaku. Ingin kutekupi telingaku dengan kedua belah tanganku serapat-rapatnya agar tidak lagi kudengari sebarang bunyi pukulan yang amat dasyat dan rintihan yang begitu ngeri gambaran kesakitan akibat kulit yang tersayat dan tulang-temulang yang remuk-redam. Ya Allah dasyatnya ya Allah.....

Lah salah skrip lagi tu... keh...keh..keh. Akhirnya ku angkat juga kepalaku yang tertunduk sejak tadi. Fuh.. leganya mendengar gelak ketawa peserta Training for Trainers (TOT) Keindahan BersamaMu yang hampir 30 orang jumlahnya. Jantungku yang menendag-nendang seperti mahu terkeluar tadi beransur-ansur kembali tenang. Senyuman mula terukir dibibirku...

“Hah, oklah tu. Bagus... bagus...” Ucap Pak Long sambil menunjuk tanda bagus pada ikhwah yang membacakan skrip tadi. “Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting untuk bangkitkan kesedaran peserta tentang betapa berharganya nikmat kehidupan dan umur yang Allah berikan. Nanti boleh akhiri dengan tazkirah tentang kematian” Sambung Pak Long lagi. “Ok, lepas ni dah boleh mula buat program dah ni...” Senyum Pak Long sambil melihat seorang demi seorang anak didik dihadapannya. Kami agak tepempan dengan saranan tersebut. Namun segera kami angguk sambil tersenyum sumbing antara yakin atau tidak. KBM pengembaraan yang begitu menarik untuk dilayari namun terbentang dengan pelbagai cabaran. Itulah kesimpulan yang terlakar dibenakku, sesuatu yang bakal kami sebagai team KBM Selangor tempuhi, mengendalikan sepenuhnya Program KBM bila kami sudah ‘merdeka’ nanti. “Bantulah kami ya Allah...” Dalam diam hatiku berdoa. “Bantulah hamba-hambaMu ini ya Allah.”


Pak Long



Pak K


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah salah satu slot praktikal yang begitu terkesan dihati sepanjang menjalani TOT KBM. Program yang bermula seawal 9 pagi sehingga 5.30 ptg begitu menarik dan dipenuhi dengan pelbagai slot dan tips-tips berharga, sehingga tak sedar masa yang berlalu. Di tambah lagi dengan gelagat peserta yang tak kering gusi dibuatnya. TOT KBM ini adalah medan latihan untuk team yang akan mengendalikan program Keindahan BersamaMu (KBM) di peringkat Selangor. Team pakar KBM yang dijemput khas dari Johor bertungkus-lumus untuk menurunkan segala ilmu dan pengalaman mereka selama 13 tahun kepada kami. Mereka amat mahu meninggalkan kami dengan pelbagai pengalaman yang akan menjadi bekalan kami nanti sebagai pengendali KBM Belia di Selangor.

Monolog diri....

Ya Allah betapa Engkau masih mengasihi hambaMu ini. Meskipun berkali-kali aku melakukan dosa dan maksiat, namun masih Kau panjangkan umurku untuk ku bertaubat padaMu. Moga KBM ini menjadi medan untuk ku berbakti buat agamaMu. Ingin ku ikuti jejak KekasihMu... Menjadi rahmatan lilalamin.. Rahmat ke seluruh alam.. bukan kerana hebat atau mulianya diri ini... Tetapi kerana indahnya dan mulianya AgamaMu ini.... Ya Allah panjangkanlah umurku ini untuk mentaati Mu, Allah dan RasulMu. Sesungguhnya mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah....

Redhakan Ya Allah....


Rose

TOT KBM BELIA

13 March 2010

Sekolah Sri Al-Amin Bangi