Saturday, July 24, 2010

You Got What You Give...



“ Ya Allah dah pagi rupanya… tapi mengantuk dan penat lagi ni.” Omelku sendiri. Hari ini adalah hari Sabtu yang sepatutnya hari yang sinonim dengan berehat-berehat namun aku terpaksa bangun kerana perlu menghadiri program Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas 2010. Ku gagahkan juga kaki menggapai tuala dan terus ke bilik air. “Hmm.... ada lebih kurang ½ jam lebih kurang Salwa akan datang menjemputku dan Ila... kena express ni.” Congakku di dalam kepala setelah melihat jam di telefon bimbitku sambil mengosk-gosok mata membetulkan penglihatan yang berpinar-pinar. Kak Rose dah siap.. Salwa kata sekejap lagi dia sampai. “Ok.” Jawab ku pendek sambil membelek-belek novel yang belum ku khatamkan lagi sejak sebulan lalu.

Alhamdulillah kami sampai di Gombak untuk PPN (Khas) 2010 dengan selamat. Di hatiku sentiasa berdoa agar aku dapat mengambil sesuatu yang cukup bermakna pada hari ini. Ternyata doa itu Allah makbulkan kerana di sinilah aku mendapat berita tentang salah seorang rakanku di rumah. Namun ia tidak begitu menggembirakan malah setitis dua airmataku jatuh ketika menyanyikan lagu JIM yang sepatutnya dengan penuh semangat, apabila mengenangkan berita yang disampaikan.


~~~~ *** ~~~


Mungkin diriku banyak berselindung dalam cerita di atas kerana aku tidak mampu untuk menceritakan sepenuhnya apa yang terjadi. Namun ia ternyata membuatkan hariku yang cerah pada awalnya menjadi kelam dan suram. Walaupun ada tiupan semangat yang menghangatkan daripada program yang ku hadiri pada hari ini namun, ianya ibarat hilang di bawa angin lalu, apabila teringat dengan berita yang di sampaikan. Biarlah diri ini yang menyimpan segalanya. Namun pengajaran yang cukup bermakna buat diriku ia jangan sesekali kita mempunyai sikap “assume”/agak-agak/mungkin terhadap sesuatu perkara. Terutamanya dalam kita mengenali seseorang. Berilah peluang dan ruang untuk dia benar-benar menunjukkan siapa dan apa yang dirasakan dan difikirkan. Bukalah hati dan jadilah pendengar yang setia dan sensitiflah kepada keadaan sekeliling. Adakah rakan kita itu dalam kesusahan, keperitan, ketidakupayaan dan sebagainya.

Dan kepada pihak yang ingin difahami janganlah anda “assume” semua orang akan memahami anda sebagaimana ibu dan bapa anda memahami anda. Berilah rakan-rakan anda masa dan cara untuk memahami serta rajin-rajinlah bercerita atau meluahkan perasaan kepada yang sepatutnya.

Wahai adik-adik yang kusayangi,

Meskipun tanggung jawab yang di letakkan atas bahumu telah disyurakan,

Namun keperluan dan hak diri juga tidak boleh dipertikaikan,

Sesungguhnya hanya dirimu yang paling memahami “ukuran baju di badan”

Bantulah dirimu untuk difahami dengan memahami

Kerana you got what you give

Kakak yang bersedih

Kak Rose

24 Julai 2010 (10.44 pm)