Friday, June 11, 2010

Kampungku.... KEHIDUPANKU




Seingatku pokok kelapa ini hampir seusia denganku...


Ayah tersayang bersama cucu-cucu arnabnya


Girl ...arnab eh kucing ... cucu kesayangan ayah selain Gudhik

Ibu melihat mangga apple berbuah sulung

Pokok betik yang tumbuh sendiri... rajin berbuah

Jambu air

Ciku

Nenas madu yang buahnya mencapai 4 kilo

Pokok pisang hobbit (letak nama sendiri sebab rendah sangat)


Orkid kesayangan ibu



Koleksi pokok bunga dari pelbagai negeri (rumah saudara he he)


~~~~*~~~~


“Ibu…. Tolonggggggg…..” Aku memekik sekuat hati sambil melihat makhluk hitam yang melekat di celah antara ibu jari dan jari hantu kakiku. Lututku longlai kerana menahan geli-geleman melihat makhluk hitam itu. Kegembiraanku sebentar tadi kerana joran yang kubuat sendiri hampir menaikkan seekor ikan sepat hilang serta-merta. Batang pancingku telah kucampakkan entah ke mana hilang bersama kelibat rakan-rakanku yang juga takut akan makhluk hitam itu. Hati aku menyumpah-nyumpah mereka kerana meninggalkan aku sendiri berhadapan dengan makhluk yang amat menggelikan itu. Ada juga kucuba menguis-nguis dengan sebatang ranting. Namun semakin ku kuis semakin kejap pula ia melekat. “Ibu.........” Jeritanku makin nyaring dan panjang. “Kenapa... kenapa ni” Terlihat ibu berlari-lari anak mendekatiku tergopoh-gapah. “MasyaAllah.... Kan ibu dah pesan jangan main kat sini. Tu lah degil lagi kan dah kena gigit lintah. Dah jom pergi letak garam.” Ibu memandang mukaku yang hampir menangis. Petang itu aku masak mendengar bebelan ibu kerana kedegilanku. Mujur ada ayah yang menjadi peguam belaku. Namun pengalaman itu tidak pernah menjadikan aku jeran (takut) untuk memancing lagi di sungai di belakang rumahku......

Itu adalah salah satu daripada seribu kenanganku ketika membesar di kampung. Setiap kenangan teramat indah sehingga menyebabkanku tersengih-sengih sendirian bila teringat semula kenakalan dan kedegilanku yang selalunya membawa padah pada diriku sendiri. Namun tiada erti jeran dalam kamus hidupku. Yang kutahu hanyalah keseronokkan mencuba sesuatu yang baru dan bersekongkol dengan rakan-rakanku. Kehidupan yang indah itu pudar perlahan-lahan apabila aku menginjak usia 16 tahun di mana aku berjaya masuk ke MRSM. Kesibukkanku mengejar kecemelangan dalam pelajaran membuatkanku melupakan aktiviti-aktiviti kampungku.

Begitu pantas masa berlalu kini aku melangkah ke alam dewasa. Segalanya kutentukan sendiri untuk diriku. Barulah ku sedar menentukan jalan kehidupan bukanlah semudah yang disangkakan. Bila kuselongkar dalam diriku di dasar yang paling dalam. Aku amat merindui suasana kampung di mana aku dilahirkan, dibesarkan dan mula mengenali erti susah-payah kehidupan. Aku amat teringin untuk kembali ke kampung bekerja dan hidup di situ. Impianku adalah untuk mengusahakan ladang sendiri mungkin beternak atau bercucuk tanam. Impian itu telah direalisasikan separuh apabila ayah memindahkan hak milik tanah dikampung itu atas namaku. Mungkin aku gembira namun apabila memikrkan amanah dan tanggungjawab ke atas tanah tersebut menjadikan aku tertanya-tanya adakah aku mampu untuk semua itu. Aku yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, oleh itu aku perlu sedar yang Allah memberikan amanah sekeping tanah ini padaku juga bukan untuk sia-sia. Iaitu ditumbuhi dan dihuni oleh makhluk tidak bertuan. Mungkin ini adalah peluang yang cukup besar untukku merialisasikan cita-cita ku sebagai peladang yang berjaya. Semangatku tambah terbakar apabila membaca Dr. Yusuf Al-Qardawi menulis di dalam bukunya Halal dan Haram dalam Islam:



4.2.16 Memanfaatkan Tanah Pertanian

Apabila seorang muslim memiliki tanah pertanian, maka dia harus memanfaatkan tanah tersebut dengan bercocoktanam. Islam samasekali tidak menyukai dikosongkannya tanah pertanian itu, sebab hal tersebut berarti menghilangkan nikmat dan membuang-buang harta, sedang Rasulullah s.a.w. melarang keras disia-siakannya harta. "Rasulullah s.a.w. melarang membuang-buang harta."

Bukankah Rasul yang mulia juga seorang petani
Belajar mengenali Allah melalui alam

Menyucikan cinta kepada Allah melalui alam

Bukankan ibu dan ayah telah membuktikan selama ini

Berbakti kepada tanah tiada pernah ruginya

Berbakti kepada tanah akan memperolehi kedamaian
Kerana betapa kita dikelilingi dengan makhluk yang begitu taat kepada penciptanya Tumbuhan dan haiwan yang sentiasa berzikir
Dikampungku ini
......


Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaanku ketika ini iaitu RINDU.....


Anak kampung yang kerinduan
12 Jun 2010 (2.13 pm)

-Iringan lagu kedamaian: Siti Nurhaliza-