Thursday, March 4, 2010

Baby X.....


Sarah dan BabyX yang comels


BabyX yang comel


Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh dengan kemuliaan dan tercatatnya pelbagai peristiwa yang cukup mulia dalam sejarah Islam. Aku masih termagu-magu sejak dari tadi memahami setiap patah perkataan yang tercatat dalam journal tentang HMM dan program HMMER. Gambarajah yang menceritakan tentang modus operandi algorithm hidden Markov model, ku pusing-pusing supaya faham setiap butir yang tercatat di jounal tersebut. “Huh serabut betul kepala dibuatnya....”.

Tiba-tiba mataku tertarik dengan pop-up e-mail di skrin laptopku. “Baby pictures... Dr Khairina”. Segera kubuka e-mail itu terteralah gambar Sarah (anak sulung Dr Kay) bersama Baby X yang telah selamat diputerikan pada 21/2/2010, 12.24 pm. Ayat yang di bawah kubaca dengan senyuman yang meleret hingga ke telinga. “Ooo Dr tak decide lagi nama baby girlnya.. patutlah jadi babyX. Comel betullah Dr nih. Siap tanya cadangan lagi nak letak nama apa.” Terbayang wajah supervisor utama degree dan Master ku, Dr. Khairina Tajul Arifin. Wajah yang cukup bersabar dengan karenahku, wajah yang telah banyak berjasa mendidik ku, wajah yang telah banyak memberi peluang untuk kubuktikan kemampuanku meskipun sering-kali ku sia-siakannya. “Huu... Rose.. Rose. insaflah.” Terluah juga keluhan kekesalan dibibirku. Andai dapat ku tebus semula semua masa itu...

Ku atur langkah ke rak buku dan mencari-cari sumber rujukan untuk menyahut permintaan Dr yang cukup ku sayangi. Mataku terhenti pada satu buku yang bertajuk ’70 Wanita Terbilang : Di zaman Nabi Muhammad s.a.w’ karangan Abu Azka Al-Madani dan Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan. Pantas tanganku menggapainya lalu menyebaknya satu persatu. Memang cukup banyak nama sahabiyat yang biasa dan tidak berapa biasa didengari, setelah menyelak di sana dan sini akhirnya aku memilih untuk mencadangkan nama Asma’ yang bermaksud ketinggian dan Salma yang bermaksud ketenangan. Ini adalah kerana cukup banyak sahabiyat yang bernama Asma (Asma bt Umais, Asma bt Salamah at-tamimiyah, Asma bt Yazid al-anshariah dan asma bt amru al-anshariah) serta Salma (Salma bt Qais al-anshariah, Salma bt Umais, Salma bt Sakhir dan Salma Maulana Rasulullah). Setiap serikandi Islam ini mempunyai jasanya yang cukup besar dan tersendiri kepada Islam. “Hmm cuba cari kat internet pula.” Cadang akalku. Akhirnya nama Afeefa (berbudi bahasa, punyai harga diri, bermartabat tingi), Aqeela (yang terbaik, yang paling terbaik) serta nama yang seakan nama kakaknya Sarah, Sayeeda (pemimpi dan menguntungkan) serta Safeeya (wanita yang solehah) menambat hatiku. Ku akhiri e-mail ku kepada Dr dengan doa moga Allah redhai pilihan yang dibuat lalu kutekan butang send.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rose Jazimah... nama yang dicadangkan oleh kakak dan abangku yang menggabungkan nama Alongku - Rosjalilawati, Ayah - Abdul Jalil dan ibuku - Rahimah kepadaku. Pernah juga kucari dan kutanyakan manka namaku.. well apa yang ku dapat adalah Jazim bermaksud yang tegas.. Patutlah rasanya diri ini tegas semacam. Sampai ramai yang kata Kak Rose memang sinonim dengan kegarangannya dan ketegasannya. Setiap kali bila kuminta mereka meneka diriku ini anak keberapa, tidak pernah ada yang betul jawapannya. Malah mereka cukup terkejut bila kunyatakan aku adalah puteri bongsu kepada keluargaku, anak ke-5 dari lima beradik.

Namun itu hanyalah first impression bagi diriku agaknya, dan mungkin dakwaan bagi sesiapa yang belum benar-benar mengenaliku. Mungkin ada benarnya... sebelum aku benar-benar mengenali tarbiyyah dan Islam. Kini semakin memanjat usia manusia dan tarbiyyah ku harap tanggapan itu akan berubah. Sebagaimana diri ini cuba berubah kepada yang lebih baik dan moga mereka akan menerima diri ini seadanya..

Ku suka mengaitkan bagaimana seseorang menerima kita seadanya dengan kisah 4 sahabat muktabar Rasulullah. Kalau kita lihat keempat-empat tersebut mempunyai perwatakkan serta gaya pemikiran yang cukup berbeza namun Rasulullah tidak pernah mempersoalkannya malah menghargai serta menerima mereka seadanya. Kalau Rasulullah yang cukup mulia boleh menerima sahabatnya seadanya mengapa tidak kita. Allah telah membuktikan kekuasaan penciptaannya dengan menciptakan setiap manusia adalah berbeza. Mengapa kita memandang manusia lain dengan ukuran mata kita. Bukan dengan hati dan akal. Menerima sahabat kita seadanya adalah basic kepada ukhuwwah dan untuk berbaik sangka kepada mereka.

Hargailah sahabat kita seadanya, supaya tidak akan menjadi sesalan bila kita kehilangannya satu hari nanti.. dan mungkin dia tidak akan kembali lagi ...

Kepada bakal ibu dan bapa pilihah nama anak yang baik maknanya, serta ringkas supaya mudah dan akan dipanggil dengan nama penuh oleh semua orang. Nama adalah doa, mudah-mudahan anak itu akan mempunyai sifat seperti namanya insyaAllah......



P/S: Tak sabar nak tengok babyX Dr. Comellll sgt.. Tahniah Dr. Kay.. Luv u always ..may Allah bless u forever..


Rose
Penghulu segala hari
3.40 pm

Wednesday, March 3, 2010

Nukilan Perancangan Ilahi ~ Malam Amal Raudhatussakinah (MARS) 2010 ~


Pic : Poster iklan MARS 2007


Seperti beberapa hari-hari sebelum ini. Aku menghadap laptopku untuk menyiapkan Bab 3 atau bab methodologi untuk thesisku. Baru tadi habis ku telaah journal tentang profile HMM … hmm memang pening nak faham bahasa matematik ni. Memangmenjadi alergik pelajar aliran biologi dengan sebarang perkara tentang matematik. “Mungkin aku je kot macam tu…” Tempelak diriku sendiri sambil tersengih sumbing.

Sedang merangka-rangka ayat dalam benakku tiba-tiba telefon bimbitku yang sedang dicharge menjerit-jerit. Sempat ku kerling skrin telefon sebelum ku jawab. “Eh nombor Pejabat JIM lah, ni mesti Kak Misah takpun Akhi Wan Am.” Mindaku berkira-kira. “Assalamualaikum Rose. Apa khabar?” Terdengar suara lunak yang sangat ceria dihujung talian. Suara yang sentiasa menggembirakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. “Chik Ros. Alhamdulillah baik.” Jawabku hampir terlompat keceriaan. “Ni Chik Ros ada tawaran baik untuk Rose. Nak dengar tak?” Pancing Chik Ros. “Mestilah Chik Ros. Mesti ada berita baik… berita menarik.” Luah aku tak sabar-sabar dengan ayat-ayat seterusnya dari Chik Ros.

Serasanya aku boleh mengagak apakah berita yang bakal disampaikan oleh Chik Ros. Namun ku tunggu dengan sabar, biar Chik Ros sahaja yang menjelaskannya. “Tahniah Rose kami board Malam Amal Raudhatussakinah (MARS) 2010 telah memilih Rose untuk mengetuai Jawatan Kuasa Persembahan untuk malam tu.” Jantungku seperti terhenti kerana agak terkejut dengan tawaran itu. Senyuman mula menguntum mekar dibibirku tapi segera kumatikan. “Chik Ros, Rose berbesar hati sangat untuk menerima tawaran tu. Tapi besar tanggung jawab tu Chik Ros.” “Hmm memang besar, tapi kami yakin dengan kemampuan yang Rose dah buktikan dengan penglibatan Rose dalam MARS 2007. Jangan risau Chik Ros dah dapatkan persetujuan dengan 3 group yang akan buat persembahan pada malam tu salah satunya Algebra.” Terang Chik Ros panjang lebar. “Wow, Algebra Rose suka group tu. Lagu-lagu dia memang best.” Aku terlompat kali kedua.

Tiba-tiba perasaan risau bertandang. “Macamanalah nak cater mereka tu nanti. Tak ada pengalaman rasanya bekerja dengan artis-artis ni.” Detak hatiku. “Hmm takpe nanti kita bincangkan lagi dalam meeting ye. Ni tengah cari tarikh yang sesuai. Nanti Chik Ros inform.” Chik Ros seperti dapat membaca kegalauan hatiku. Senyuman dibibirku melebar kembali. Petang itu langkah ku ke rumah Kak Nora untuk berusrah diiringi dengan lagu-lagu Algebra. Terima kasih, syukur ya Allah Engkau masih memilih hambaMu yang serba kekurangan ini untuk menggalas kembali amanah yang cukup besar untuk agamaMU. Bibirku terus mengalunkan irama tahmid padaNya…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oh MARS kehadiranmu memang ku nantikan. Pengalaman berharga menjadi salah seorang Jawatan kuasa persembahan dahulu masih segar diingatan masih terlalu manis untuk dilupakan. Masih terkenang bagaimana kelam-kabutnya diri ini menguruskan 16 orang model muslimah fashion show mengatur jadual utuk latihan dan raptai sepanjang 2 bulan sebelum program. Betapa diri ini terpaksa diberanikan meng’approach’ butik-butik sebagai sponsor baju untuk diperagakan oleh 16 orang model itu nanti. Betapa berdebarnya diri ini melihat anak didikku di atas pentas memperagakan pelbagai fashion muslimah yang sejati. Mujurlah mak cik dan kakak-kakak seangkatan JK MARS sanggup menghulurkan tangan membantu melengkapkan itu dan ini. Akhirnya persembahan fashion show mendapat tepukan yang gemuruh daripada tetamu yang hadir pada malam itu. Manisnya saat itu…

Dari saat itulah terbentuknya satu usrah akhawat yang akhirnya dikenali sebagai usrah model kerana terdiri daripada model-model MARS 2007 dan diri inilah naqibahnya. Jazakillah hu khairan jazaa kepada Azuwa kerana Berjaya menarik rakan-rakan sekuliahnya menyertai MARS yang akhirnya membuka ruang untuk mereka diserapkan ke dalam usrah.
Mudah-mudahan sejarah yang indah ini akan berulang kembali. Malahan kuharapkan turut akan mencipta satu lagi lembaran kenangan yang cukup indah kerana ia adalah Nukilan Perancangan dari Ilahi, dan aku adalah salah seorang pelakonnya…. Terima kasih ya Allah…. Terima kasih Chik Ros kerana masih percaya pada Rose

JK Persembahan
Malam Amal Raudhatussakinah (MARS) 2010
Rose


Kenanangan MARS 2007 : http://mars.jim.org.my/07/gallery.php

Pemergian yang diredhai.....


Jam baru sahaja menunjukkan ke angka tiga. “Hmm dah pukul tiga rupanya, patutlah mata rasa berat semacam. Cepat betul masa berlalu.” Sekian lama aku menghadap laptop sejak pulang dari program Forum Belia di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Hulu Langat hingga kini, semangatku untuk menyambung penulisan tesisku masih belum kunjung tiba. Entah mengapa perasaanku seakan sedikit hiba malam ini. Adakah ia petanda sesuatu yang tak baik akan berlaku. “Ah jauh sangat aku berfikir” Aku kembali beristighfar. “Tidur je lah.. sambung esok je…” Gumam hatiku.

Baru sahaja aku ingin menutup laptopku aku perasan seakan ada seseorang dibelakangku. Bila ku kilas kebelakang rupanya sahabatku Leza sedang duduk berhadapan dengan Ila. Leza seperti sedang menenangkan Ila. Apa yang terjadi kenapa aku tak perasanpun mereka berada di situ. Lah rupanya telingaku disumbat dengan earphone. Pandanganku bertembung dengan Leza, aku membaca gerak bibirnya. Sebaik sahaja aku faham apa yang disampaikan oleh Leza. Aku terus terlompat bangun ibarat terkena kejutan eletrik. Kakiku pantas mendapatkan Ila lantas mendakapnya. “Pukul berapa adik Ila meninggal?” Aku cuba menutup gemuruh yang sedang mengalir di dadaku. “Baru je tadi Kak Rose” Ila berkata dalam nada sebak yang ditahan-tahan. Kulihat airmatanya luruh jua. “Takpe dik nangislah.. Cuma orang gila aje yang takkan menangis kalau benda ni berlaku. Lagipun itu memang orang yang Ila sayang.” Aku cuba juga berkata sesuatu setelah sekian lama terdiam. Aku hanya mampu mengusap-usap lembut bahunya. Kuharap dapatlah sedikit keperitan yang sedang Ila tanggung akan mengalir padaku. Biar aku sama-sama merasakannya. Biar lapang sedikit dadanya. Suasana kembali senyap. Aku, Leza dan Ila kehilangan kata-kata....


Peristiwa di atas ibarat adengan sebuah drama di dalam tv. Tapi memang itulah yang benar-benar berlaku yang akan ditayangkan kembali oleh Allah dipadang mahsyar nanti.

Sesungguhnya itulah jawapan yang telah diberikan oleh Allah kepada adik sahabatku yang telah sekian lama menanggung derita kerana kerakusan SLE. Pohonan yang terbaik dari Allah telahpun di jawabNYA dengan pemergian Suffi semuda usia 19 tahun. Berakhir sudah coretan hidupnya. Dia telah kembali ke hadrat Ilahi bersama amalannnya.

Perasaanku bercampur-baur antara hiba dan juga gembira. Hiba kerana turut merasakan kepedihan yang ditanggung Ila an keluarganya kehilangan insan yang disayangi. Gembira pula kerana adiknya telah berjaya melepasi ujian terakhir seorang manusia iaitu sakaratulmaut. Selain itu kesakitan yang ditanggung selama ini akibat penyakitnya telah turut berakhir. Mudah-mudahan Suffi pulang ke hadrat Ilahi dengan keadaan yang suci bersih tanpa sebarang palitan dosa silam. Penyakit SLE yang ditanggung sekian lama memungkinkan Allah mengampunkan segala dosa dan menggantikannya dengan kebajikkan yang banyak. Bukankan kesakitan itu penghapus dosa....

Segala kisahnya sudah berakhir dengan pengakhiran yang baik... bagaimana pula KITA....


“Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185)

"Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati" - (surah Al-Anbiyaa' : ayat 35)

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati" - (surah Al-Ankabut (57)


Insan yang merindui kematian

Rose

4.13 am, 3 March 2010

Wednesday, February 17, 2010

Taking the very 1st step to be a blogger...


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi akhirnya blog untuk diriku lahir juga. I know it's not that hard but it did takes time. I've been thinking for a quite long time what, why and where should I share my thought and spell my heart out until my friend pushing me (somehow) to make a blog of my own. It is not I scare to have it but to miss-used it. Anyway Allah have drawn the clear line:

"...mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia...." (Ali-'Imran:191)

So that's why I named the blog "NUKILAN ILAHI" or "ALLAH'S WORDS". With that I really hope I'll never do or write somethin' lagha or something that is nothing. Hope this blog will become one and not only something to bring upon Allah and to tell HIM how much I Love and Miss HIM.

Wallahua'lam